jom tambah saham akhirat

jom tambah saham akhirat

Sunday 27 October 2013

CINTA KELUARGA

Perkahwinan itu adalah satu ikatan yang mulia. Atas dasar cinta dan kasih sayang yang ada maka Adam dan Hawa berjanji untuk sentiasa memberikan kebahagian kepada satu sama lain. Ikatan perkahwinan itu amat suci. Bahagia milik kita bila insan tersayang sentiasa bersama dan berkongsi susah senang bersama. Syukur dengan cinta kurniaan ilahi itu.

Gambar adalah sekadar hiasan 
:)

Cinta tidak akan mudah pudar walau apa pun berlaku. Kekalnya cinta dan kasih kepada pasangan kerana sikap memahami pasangan, memaafkan pasangan dan terima pasangan seadanya. tidak lupa untuk sentiasa membaiki diri dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Doa dan sentiasa ingat pada ALLAH. Hanya ALLAH tempat kita mengharap dan meminta. INSYAALLAH .........jangan mudah putus asa dalam perkahwinan.




Dan bahagialah dengan kehadiran Anugerah Ilahi yang tak ternilai ini. Anak-anak penyeri hidup yang amat2 bermakna. Cintai dan sayangilah mereka. Cinta itu adalah anugerah ALLAH dan cintailah kerana ALLAH



Kerenah dan keletah mereka membahagiakan kita. Mereka memerlukan bimbingan kita untuk menjadi Umat dan Hamba ALLAH yang soleh dan solehan...Amin


Zainoor Amna Fadzilah


Zaioor Damia


Inas Aisyah Afiqah


Mohd Hadi Darwisy


Dhia Darwisha


Dalili Fahimah


Semola ALLAH sentiasa memberikan kita kemudahan dan hidayah untuk melakukan segala suruhanya dan meniggalkan segala larangannya mulai saat ini dan selamanya. Semoga hidayah ALLAH membentuk kita menjadi muslimin dan muslimat yang sejati dan abadi. YA ALLAH kau terimalah segala amal ibadah kami dan kau ampunkan segala dosa kami dan kedua ibubapa kami, jauhkan kami dari seksa kubur dan neraka jahanam dan terimalah kami masuk syurgamu YA ALLAH... Amin Ya Rabbal Alamin.

Thursday 24 October 2013

Cinta Seekor Ibu....







KUCING PUN TAHU SAYANG KAN ANAK-ANAKNYA..

CINTA KEPADA IBU BAPA

Aku bukan manusia dan anak yang sempurna. Aku yakin mampu untuk berusaha dan memperbaiki diri agar aku terus menjadi yang terbaik. Syukur dengan segala didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapaku. Kalau mampu untuk lakukan aku mahu tunaikan segala kemahuan kedua ibubapaku yang amat2 aku sayangi dan ingin aku hapuskan segala kekecewaan dan duka mereka. Agar tenang dan bahagia sahaja yang mereka miliki sepanjang hayat mereka. Aku doakan agar segala kebaikkan, kesihatan dan kebahagiaan milik mak dan abah selamanya... Amin


Cinta Isteri Kepada Suami Tercinta....Kerana ALLAH

Aku cintai Suamiku kerana mu YA ALLAH.....

Dalam melayari cinta suami isteri, pasti ramai yang bersetuju ianya bukan lah sesuatu yang mudah, sekiranya tiada pegangan ajaran AGAMA ISLAM yang teguh. 

Tanggungjawab isteri kepada suami adalah besar kerana Syurga Isteri Itu dibawah Tapak Kaki Suami...


Aku bukanlah sorang isteri yang pasti hebat, pasti terbaik, pasti sempurna tetapi aku adalah isteri yang sentiasa berusaha untuk menjadi seorang isteri yang hebat, isteri yang terbaik dan isteri yang sempurna buat suami ku yang tercinta AZZ.